Monday, August 31, 2009

Merdekakah Kita?? Suatu coretan...

Selamat Hari MERDEKA!!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Seperti terngiang-ngiang kembali di telinga aku suara tuanku abdul rahman melaungkan kata2 keramat ini..
kini sudah genap 52 tahun negara ini bebas dari penjajah atau lebih dikenali sebagai merdeka..
tetapi adakah kita betul-betul memahami apa itu kemerdekaan??



Jika dilihat pada gambar di atas atau di mana- mana sahaja.. dapat kita lihat, semangat untuk mengibarkan jalur gemilang di kenderaan semakin pudar.. benar... mungkin semangat itu tidak hanya boleh diukur dengan bilangan bendera yang dikibarkan.. tetapi.. sedikit sebanyak kibaran bendera itu adalah satu simbol betapa semangatkah kita pada hari ini.. adakah suatu hari nanti, anak cucu kita sendiri tidak akan mengetahui apa itu kemerdekaan yang sebenarnya dan terus pupus ditelan zaman??

Ok.. cukup di situ bebelan untuk hari ini.. sebenarnya, tugas sebagai seorang mahasiswa yang aktif berpersatuan sebenarnya tidak memungkinkan aku untuk menaip blog sebegini.. namun.. bagiku.. sesuatu yang kita tahu perlulah dikongsi bersama. Walaupun sibuk dengan test, asgnmnt dan lain-lain lagi.. aku terpaksa menaip juga utk kali ini walaupun x da dalam perancanganku pun untuk menaip blog pada petang ini.. namun, suatu khabaran telah menyebabkan jiwaku sebagai seorang muslim terasa seakan-akan dicabar. Sementelah aku yang telah ditaklifkan untuk memegang jawatan dalam sebuah persatuan yang bertunjangkan ISLAM masih wujud disini.. namun aku masih tidak mampu untuk menghapuskan perkara-perkara yang dikeji ALLAH s.w.t.. memang.. mungkin sesetengah orang berpendapat.. kenapa aku perlu sibuk tentang hidup orang lain... sedangkan di akhirat nanti kita akan dihisab individually.. tetapi entahlah.. mungkin aku jenis yang suke menyibukkan diri kot.



Ok.. berbalik pada khabaran yang aku dengar dari seorang junior tadi... botol apakah yang terdapat dlam gambar di atas??? CARLSBERG.. ya, carlsbeg... aku yakin semua orang tahu apa itu carlsberg sebab adikku yang berumur 7 tahun pun tahu apa itu carlsberg apabila iklannya dapat dilihat di akhbar the star hampir setiap hari.. begitulah hebatnya pengaruh media pada hari ini dalam menyampaikan info-info, berita dan juga fitnah-fitnah.. mungkin bagi mereka yang sekular, “lah, botol arak je pon.. relax la bro.. bersepah-sepah ble jumpa kat tong sampah kat parit buntar tu..” hurm.. btol.. kalo botol arak tu bersepah kat depan-depan pub, disko ke.. x pa la jugak.. sesuai dengan tempatnya iaitu sarang maksiat.. namun yang membuatkan aku rasa tercabar.. botol ini dijumpai di dalam satu kawasan yang dilarang untuk dibawa masuk..








iaitu kawasan kampus.. sedih... aku begitu sedih dengan masyarakat kampus ini... mungkin yang meminumnya adalah bukan ISLAM... tetapi kalau yang minum itu adalah seorang yang bernama Muhammad, Yusuf, Adam, Ismail atau lain-lain nama nabi.. sungguh menyedihkan.. aku juga rasa terpanggil.. dimana orang Islam lain yang dikatakan majoriti penduduk dunia.. x payah besar-besar lah, di kampus ini sendiri.. Islam mendominasi bilangan agama lain.. tetapi.. tiada yang peka.. siapakah yang perlu dipersalahkan?? mungkin ada yang berkata... “ kan kat sini ada pmi.. biaq depalah yang setelkan hal-hal macam ni” atau “ lantak pi lah, asalkan x kacau aku sudah”.. jika masih terdapat yang sanggup berkata begini.. aku cukup sedih... aku masih banyak kekurangan.. aku gagal.. kami gagal... setelah bertahun-tahun kami berada di kampus ini... kami masih gagal untuk menghidupkan biah solehah.. atau paling kurang sedikit rasa kesedaran di jiwa-jiwa siswa siswi ini.. adakah selama ini kami dan senior-senior kami hanya syok sendiri??? Pelbagai aktiviti dibuat namun outputnya terhadap masyarakat kampus masih zero... sibuk dengan aktiviti ngo luar bagi menghapuskan maksiat namun hakikatnya, maksiat di depan mata bertambah-tambah.. ibarat gajah di seberang nampak namun semut di depan mata tidak kelihatan..



adakah kita benar-benar berada di jalan yang lurus??

geram dan marah..

YA... aku cukup geram dan marah pada orang yang minum arak tu.. mereka macam nak mencabar agama ISLAM itu sendiri.. kenapa tidak buang botol itu di tempat lain?? Tempat yang jauh lebih tersorok dan bukannya di laluan orang ramai.. mereka seolah-olah ingin membuktikan.. “ya, aku dah minum arak” dengan bangganya.. mereka tidak berasa sedikit pun rasa bersalah atau menjaga sensitiviti umat ISLAM yang lain... ya.. inilah dia hasil daripada pendidikan sekular yang telah digunakan lebih 52 tahun dahulu.. mereka berjaya.. yahudi berjaya mempasakkan doktrin-doktrin mereka ke dalam jiwa umat ISLAM pada masa kini bahawa ISLAM itu hanya di masjid



dan di kad pengenalan sahaja.. tahniah yahudi laknatullah.. tahniah.. proud to be a MALAYSIAN.... yang mengamalkan ISLAM dalam kehidupan harian..


(p/s: ini hanyalah satu contoh perkara yang berlaku di bumi kampus ku ini yang telah berlaku pada hari semalam semasa ambang kemerdekaan... yang memenuhi hotel2??? Na’uzubillah.. sama-samalah kita bermuhasabah.. mungkinkah hari esok masih ada untuk kita?? )

Saturday, July 25, 2009

apa yang semua benda hidup akan hadapi...

Bicara Kita - Mati

Assalamualaikum wbt

Rancanglah kematian......

Kita selalu mendengar berita tentang kematian,
saban hari, saban waktu, setiap ketika.
Kita juga mendengar setiap masa
ada insan-insan yang menunggu saat kematian
begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian
tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.

Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan
untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari,
sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan
tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya
kita tetap akan pergi juga.

Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan
ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan
ada yang kena buatan orang ? dan ada yang secara spontan..

Ada yang mati diatas tilam empuk
ada yang mati dibunuh dan dihumban dijalanan atau longkang
ada juga yang mati dimedan perang.

Ada yang mati ketika melakukan maksiat
ada yang mati ditempat maksiat
tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan
seseorang ketika matinya seseorang insan.

Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang
kematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki.
kerana kematian akan menjenguk kita
kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian
kematian yang macamana kah yang kita pilih ?
kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita
kalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan
bersama kita akhirnya.

Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita.
sabda Rasulullah saw bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan
berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati
dalam keadaan yang tidak baik".

Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawa
kepada kebahagian dialam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglah
supaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.
penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt.
Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia disisi Allah ialah
matisyahid.
Sekian, wassalam.

Source: Islah-net@yahoogroups.com

Wednesday, July 22, 2009

Renungan Bersama... Futur..

Ghairah Melawan Gejala Futur

Kita sedar bahawa gejala futur, atau lemah semangat dalam perjuangan, sering menimpa rakan-rakan para pejuang. Tidak dapat dinafikan bahawa futur boleh menghinggap siapa sahaja, pimpinan, pak kiyai mahupun ahli-ahli peringkat bawahan sehinggalah kepada pion-pion yang turut membantu gerakan Islam. Namun begitu, I’tibar sejarah telah banyak ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam kehidupan baginda sehari-hari, juga turut menjangkau kepada praktik dan nasihat baginda serta para sahabat sewaktu perang.

Salah satu perang yang cukup tegang pada zaman Rasulullah s.a.w adalah perang Mu'tah. Perang ini yang berlangsung pada bulan Jamadil Awwal tahun 8H yang bertepatan pada bulan Ogos 629 M, merupakan yg terbesar semasa hayat Rasulullah apabila ditinjau dari segi jumlah pasukan yang terlibat di dalamnya. Pasukan dari kaum muslimin berjumlah 3000 parajurit sedangkan dari pihak musuh [Rom dan yang bersekutu dengannya] berjumlah 200,000 parajurit. Pada awalnya pasukan kaum muslimin tidak pernah membayangkan akan berhadapan dengan pasukan dengan jumlah yang sangat besar tersebut. Hanya apabila sudah berada di Mu'an [dekat lokasi peperangan] mereka baru sedar bahawa musuh yang akan dihadapi sangat besar jumlahnya. Hal ini membuatkan semangat pasukan muslimin yang dipimpin Zaid bin Haritsah, menjadi lemah semangat dan muncul pada diri mereka ketakutan.

Akhirnya mereka melakukan musyawarah, apa langkah dan tindakan yang mereka perlu ambil seterusnya. Pada awalnya mereka memutuskan untuk menulis surat kepada Rasulullah di Madinah dengan mengharap bantuan ataupun perintah lain dari Rasulullah. Tapi salah seorang sahabat Rasulullah yang kemudiannya gugur dipeperangan ini, Abdullah bin Rawahah, menentang pendapat ini sambil berkata: “Wahai semua orang, demi Allah, apa yang tidak kalian cari dalam rombongan ini sepatutnya merupakan sesuatu yang kita cari, yaitu mati syahid. Kita tidak berperang dengan manusia kerana jumlah, kekuatan dan banyak kelengkapan. Kita tidak akan memerangi mereka melainkan kerana agama ini, yang dengannya Allah memuliakan kita. Maka berangkatlah, kerana di sana hanya ada salah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau syahid.”

Pidato yang heroik dan bergegar ini secara nyata telah membangkitkan semangat juang dari kaum muslimin yang hanya berjumlah 3000 parajurit. Kerana itu mereka akhirnya mengambil ketetapan untuk terus maju kehadapan, pantang mundur melawan musuh yang berkekuatan 200,000 parajurit itu.

Istinbat yang nyata dapat di ambil dari kisah ini. Manusia dibahagi menjadi 3 golongan berdasarkan respons yang mereka keluarkan dalam menghadapi rintangan dan hambatan.

Golongan pertama disebut dengan golongan Quitters. Golongan ini adalah sekelompok manusia yang memilih berhenti, keluar ataupun menghindari rintangan/kesulitan yang menghadang. Golongan ini cenderung memiliki sedikit cita-cita, semangat yang minima dan cenderung tidak mengambil risiko dan biasanya tidak kreatif. Sehingga apabila kelompok ini menemui hambatan ataupun kesulitan dalam hidupnya maka dia akan menghindari kesulitan dan tidak menyelesaikan kesulitan tersebut. Sebab rata-rata mereka memandang kesulitan tersebut adalah sebagai sebuah bencana dan respon mereka adalah pasrah dengan keadaan. Bila dikaitkan pada peristiwa perang Mu'tah di atas, kelompok ini adalah parajurit yang berusaha melarikan diri dan menyelamatkan diri mereka sendiri ketika mengetahui bahwa jumlah parajurit musuh jauh lebih besar.

Golongan kedua adalah golongan Campers. Sedikit lebih baik daripada kelompok pertama, golongan campers ini adalah segolongan individu yang pada awalnya bersemangat untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi namun kerana sesuatu hal sehingga mereka merasa lelah dalam menyelesaikan kesulitannya dan pada akhirnya mereka berhenti sama sekali bahkan mereka pasrah dalam keadaan kesulitan yang belum diselesaikan. Golongan ini biasanya akan tetap mengambil risiko tapi risiko yang diambilnya adalah risiko yang paling aman dan paling sedikit ancamannya. Dan apabila keadaan ini terus dibiarkan maka golongan campers ini akan 'turun' menjadi golongan quitters. Dalam perang Mu'tah, mereka ini adalah para parajurit yang menginginkan agar meminta bala bantuan dari Rasulullah ataupun yang menginginkan agar Rasulullah mengeluarkan perintah penarikan berundur dari peperangan.

Sedangkan golongan ketiga adalah golongan Climbers. Berbeza dengan dua golongan di atas, golongan ini menyambut baik tantangan-tantangan, dan mereka hidup dengan pemahaman bahawa ada hal-hal yang mendesak dan harus segera dibereskan. Mereka mampu memotivasi diri sendiri, memiliki semangat juang yang tinggi dan berjuang untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya, sehingga hari-harinya dilalui dengan penuh gairah. Abdullah bin Rawahah r.a, merupakan contoh nyata manusia kelompok climbers. Beliau memandang bahawa jumlah musuh yang banyak bukanlah sesuatu halangan ataupun alasan untuk melarikan diri dari tujuan asal, tapi sebaliknya justeru dengan jumlah musuh yang banyak itulah yang akan menghantarkan mereka semua menuju sesuatu yang sangat diidam-idamkan, iaitu syahid. Beliau berhasil memotivasi diri dan juga seluruh pasukan kaum muslimin untuk terus berjuang membela kalimatul haq.

Mungkin sudah saatnya bagi kita untuk bertanya pada diri sendiri, berada digolongan manakah kita ? Sebagai seorang mujahid dan pejuang sejati yang akan terus menyerukan kalimah haq maka sudah sepatutnya kita berada di golongan ketiga, iaitu sebagai seorang climbers. Wallahu 'alam.

p/s: harap maaf jika terdapat fakta-fakta yang silap.. sila perbetulkan kerana penulis juga seorang manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan..

Adik & Palestin...

Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik
mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng
kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh
adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari
Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila
adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai
baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-
denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar
Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla
hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke
telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid
cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami
bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit
berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang
syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik
pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah.
Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu
adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil
Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad
pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka
kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya
duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian
walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri
betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat
tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca
sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik
baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-
salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana
ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas,
hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik
nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan
askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik
dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil
melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki
walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid
longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh
tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik
terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik
menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu
persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium
pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang
tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada
adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh
walid. Walid tidak bergerak. Walid
kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok
adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih
menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa
orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding
juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang
pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik
nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik
tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana
perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu
menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata
walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan
kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air
mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun
membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk
diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik
menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang
kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari
barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat
cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok
bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung
empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah
laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang
beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang
disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak
ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik
tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh
menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang
bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat
semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-
kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan
ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-
kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu
kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung
adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak
pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi
berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam
perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak
lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik
menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil.
Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel."
Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya
menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan
sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh
umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan
peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci
Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak
sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan
tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera
itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram.
Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan
adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila
tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak.
Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah.
Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan
diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia
juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat
cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik
pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu
lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik
mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi
adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu
sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak
makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang
baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula
roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan
gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan
mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus
lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar
ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar
batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai
yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung
ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi
Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu.
Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-
Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati
adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang
serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas
ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah
itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.
Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran.
Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau
hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi.
Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik
ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.
Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-
laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul
Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang
pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang
askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang
Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak
Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama
Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu.
Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut
walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk
tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak
walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba
kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang
dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir
setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak
suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri
org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal
juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik.
Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik
sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan
akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga
adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh
adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik
nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik
sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi.
Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu
kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah.
Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. dik benci Israel.
Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan
tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di
wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik
berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa
sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan
tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut
adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-
mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik
nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di
cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan
air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak
walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Tuesday, July 21, 2009

Tolong...


Tolong Ingatkan Saya

tolong ingatkan saya
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan saya
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan saya
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan