Monday, August 31, 2009

Merdekakah Kita?? Suatu coretan...

Selamat Hari MERDEKA!!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Seperti terngiang-ngiang kembali di telinga aku suara tuanku abdul rahman melaungkan kata2 keramat ini..
kini sudah genap 52 tahun negara ini bebas dari penjajah atau lebih dikenali sebagai merdeka..
tetapi adakah kita betul-betul memahami apa itu kemerdekaan??



Jika dilihat pada gambar di atas atau di mana- mana sahaja.. dapat kita lihat, semangat untuk mengibarkan jalur gemilang di kenderaan semakin pudar.. benar... mungkin semangat itu tidak hanya boleh diukur dengan bilangan bendera yang dikibarkan.. tetapi.. sedikit sebanyak kibaran bendera itu adalah satu simbol betapa semangatkah kita pada hari ini.. adakah suatu hari nanti, anak cucu kita sendiri tidak akan mengetahui apa itu kemerdekaan yang sebenarnya dan terus pupus ditelan zaman??

Ok.. cukup di situ bebelan untuk hari ini.. sebenarnya, tugas sebagai seorang mahasiswa yang aktif berpersatuan sebenarnya tidak memungkinkan aku untuk menaip blog sebegini.. namun.. bagiku.. sesuatu yang kita tahu perlulah dikongsi bersama. Walaupun sibuk dengan test, asgnmnt dan lain-lain lagi.. aku terpaksa menaip juga utk kali ini walaupun x da dalam perancanganku pun untuk menaip blog pada petang ini.. namun, suatu khabaran telah menyebabkan jiwaku sebagai seorang muslim terasa seakan-akan dicabar. Sementelah aku yang telah ditaklifkan untuk memegang jawatan dalam sebuah persatuan yang bertunjangkan ISLAM masih wujud disini.. namun aku masih tidak mampu untuk menghapuskan perkara-perkara yang dikeji ALLAH s.w.t.. memang.. mungkin sesetengah orang berpendapat.. kenapa aku perlu sibuk tentang hidup orang lain... sedangkan di akhirat nanti kita akan dihisab individually.. tetapi entahlah.. mungkin aku jenis yang suke menyibukkan diri kot.



Ok.. berbalik pada khabaran yang aku dengar dari seorang junior tadi... botol apakah yang terdapat dlam gambar di atas??? CARLSBERG.. ya, carlsbeg... aku yakin semua orang tahu apa itu carlsberg sebab adikku yang berumur 7 tahun pun tahu apa itu carlsberg apabila iklannya dapat dilihat di akhbar the star hampir setiap hari.. begitulah hebatnya pengaruh media pada hari ini dalam menyampaikan info-info, berita dan juga fitnah-fitnah.. mungkin bagi mereka yang sekular, “lah, botol arak je pon.. relax la bro.. bersepah-sepah ble jumpa kat tong sampah kat parit buntar tu..” hurm.. btol.. kalo botol arak tu bersepah kat depan-depan pub, disko ke.. x pa la jugak.. sesuai dengan tempatnya iaitu sarang maksiat.. namun yang membuatkan aku rasa tercabar.. botol ini dijumpai di dalam satu kawasan yang dilarang untuk dibawa masuk..








iaitu kawasan kampus.. sedih... aku begitu sedih dengan masyarakat kampus ini... mungkin yang meminumnya adalah bukan ISLAM... tetapi kalau yang minum itu adalah seorang yang bernama Muhammad, Yusuf, Adam, Ismail atau lain-lain nama nabi.. sungguh menyedihkan.. aku juga rasa terpanggil.. dimana orang Islam lain yang dikatakan majoriti penduduk dunia.. x payah besar-besar lah, di kampus ini sendiri.. Islam mendominasi bilangan agama lain.. tetapi.. tiada yang peka.. siapakah yang perlu dipersalahkan?? mungkin ada yang berkata... “ kan kat sini ada pmi.. biaq depalah yang setelkan hal-hal macam ni” atau “ lantak pi lah, asalkan x kacau aku sudah”.. jika masih terdapat yang sanggup berkata begini.. aku cukup sedih... aku masih banyak kekurangan.. aku gagal.. kami gagal... setelah bertahun-tahun kami berada di kampus ini... kami masih gagal untuk menghidupkan biah solehah.. atau paling kurang sedikit rasa kesedaran di jiwa-jiwa siswa siswi ini.. adakah selama ini kami dan senior-senior kami hanya syok sendiri??? Pelbagai aktiviti dibuat namun outputnya terhadap masyarakat kampus masih zero... sibuk dengan aktiviti ngo luar bagi menghapuskan maksiat namun hakikatnya, maksiat di depan mata bertambah-tambah.. ibarat gajah di seberang nampak namun semut di depan mata tidak kelihatan..



adakah kita benar-benar berada di jalan yang lurus??

geram dan marah..

YA... aku cukup geram dan marah pada orang yang minum arak tu.. mereka macam nak mencabar agama ISLAM itu sendiri.. kenapa tidak buang botol itu di tempat lain?? Tempat yang jauh lebih tersorok dan bukannya di laluan orang ramai.. mereka seolah-olah ingin membuktikan.. “ya, aku dah minum arak” dengan bangganya.. mereka tidak berasa sedikit pun rasa bersalah atau menjaga sensitiviti umat ISLAM yang lain... ya.. inilah dia hasil daripada pendidikan sekular yang telah digunakan lebih 52 tahun dahulu.. mereka berjaya.. yahudi berjaya mempasakkan doktrin-doktrin mereka ke dalam jiwa umat ISLAM pada masa kini bahawa ISLAM itu hanya di masjid



dan di kad pengenalan sahaja.. tahniah yahudi laknatullah.. tahniah.. proud to be a MALAYSIAN.... yang mengamalkan ISLAM dalam kehidupan harian..


(p/s: ini hanyalah satu contoh perkara yang berlaku di bumi kampus ku ini yang telah berlaku pada hari semalam semasa ambang kemerdekaan... yang memenuhi hotel2??? Na’uzubillah.. sama-samalah kita bermuhasabah.. mungkinkah hari esok masih ada untuk kita?? )

Saturday, July 25, 2009

apa yang semua benda hidup akan hadapi...

Bicara Kita - Mati

Assalamualaikum wbt

Rancanglah kematian......

Kita selalu mendengar berita tentang kematian,
saban hari, saban waktu, setiap ketika.
Kita juga mendengar setiap masa
ada insan-insan yang menunggu saat kematian
begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian
tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.

Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan
untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari,
sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan
tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya
kita tetap akan pergi juga.

Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan
ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan
ada yang kena buatan orang ? dan ada yang secara spontan..

Ada yang mati diatas tilam empuk
ada yang mati dibunuh dan dihumban dijalanan atau longkang
ada juga yang mati dimedan perang.

Ada yang mati ketika melakukan maksiat
ada yang mati ditempat maksiat
tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan
seseorang ketika matinya seseorang insan.

Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang
kematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki.
kerana kematian akan menjenguk kita
kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian
kematian yang macamana kah yang kita pilih ?
kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita
kalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan
bersama kita akhirnya.

Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita.
sabda Rasulullah saw bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan
berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati
dalam keadaan yang tidak baik".

Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawa
kepada kebahagian dialam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglah
supaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.
penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt.
Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia disisi Allah ialah
matisyahid.
Sekian, wassalam.

Source: Islah-net@yahoogroups.com

Wednesday, July 22, 2009

Renungan Bersama... Futur..

Ghairah Melawan Gejala Futur

Kita sedar bahawa gejala futur, atau lemah semangat dalam perjuangan, sering menimpa rakan-rakan para pejuang. Tidak dapat dinafikan bahawa futur boleh menghinggap siapa sahaja, pimpinan, pak kiyai mahupun ahli-ahli peringkat bawahan sehinggalah kepada pion-pion yang turut membantu gerakan Islam. Namun begitu, I’tibar sejarah telah banyak ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam kehidupan baginda sehari-hari, juga turut menjangkau kepada praktik dan nasihat baginda serta para sahabat sewaktu perang.

Salah satu perang yang cukup tegang pada zaman Rasulullah s.a.w adalah perang Mu'tah. Perang ini yang berlangsung pada bulan Jamadil Awwal tahun 8H yang bertepatan pada bulan Ogos 629 M, merupakan yg terbesar semasa hayat Rasulullah apabila ditinjau dari segi jumlah pasukan yang terlibat di dalamnya. Pasukan dari kaum muslimin berjumlah 3000 parajurit sedangkan dari pihak musuh [Rom dan yang bersekutu dengannya] berjumlah 200,000 parajurit. Pada awalnya pasukan kaum muslimin tidak pernah membayangkan akan berhadapan dengan pasukan dengan jumlah yang sangat besar tersebut. Hanya apabila sudah berada di Mu'an [dekat lokasi peperangan] mereka baru sedar bahawa musuh yang akan dihadapi sangat besar jumlahnya. Hal ini membuatkan semangat pasukan muslimin yang dipimpin Zaid bin Haritsah, menjadi lemah semangat dan muncul pada diri mereka ketakutan.

Akhirnya mereka melakukan musyawarah, apa langkah dan tindakan yang mereka perlu ambil seterusnya. Pada awalnya mereka memutuskan untuk menulis surat kepada Rasulullah di Madinah dengan mengharap bantuan ataupun perintah lain dari Rasulullah. Tapi salah seorang sahabat Rasulullah yang kemudiannya gugur dipeperangan ini, Abdullah bin Rawahah, menentang pendapat ini sambil berkata: “Wahai semua orang, demi Allah, apa yang tidak kalian cari dalam rombongan ini sepatutnya merupakan sesuatu yang kita cari, yaitu mati syahid. Kita tidak berperang dengan manusia kerana jumlah, kekuatan dan banyak kelengkapan. Kita tidak akan memerangi mereka melainkan kerana agama ini, yang dengannya Allah memuliakan kita. Maka berangkatlah, kerana di sana hanya ada salah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau syahid.”

Pidato yang heroik dan bergegar ini secara nyata telah membangkitkan semangat juang dari kaum muslimin yang hanya berjumlah 3000 parajurit. Kerana itu mereka akhirnya mengambil ketetapan untuk terus maju kehadapan, pantang mundur melawan musuh yang berkekuatan 200,000 parajurit itu.

Istinbat yang nyata dapat di ambil dari kisah ini. Manusia dibahagi menjadi 3 golongan berdasarkan respons yang mereka keluarkan dalam menghadapi rintangan dan hambatan.

Golongan pertama disebut dengan golongan Quitters. Golongan ini adalah sekelompok manusia yang memilih berhenti, keluar ataupun menghindari rintangan/kesulitan yang menghadang. Golongan ini cenderung memiliki sedikit cita-cita, semangat yang minima dan cenderung tidak mengambil risiko dan biasanya tidak kreatif. Sehingga apabila kelompok ini menemui hambatan ataupun kesulitan dalam hidupnya maka dia akan menghindari kesulitan dan tidak menyelesaikan kesulitan tersebut. Sebab rata-rata mereka memandang kesulitan tersebut adalah sebagai sebuah bencana dan respon mereka adalah pasrah dengan keadaan. Bila dikaitkan pada peristiwa perang Mu'tah di atas, kelompok ini adalah parajurit yang berusaha melarikan diri dan menyelamatkan diri mereka sendiri ketika mengetahui bahwa jumlah parajurit musuh jauh lebih besar.

Golongan kedua adalah golongan Campers. Sedikit lebih baik daripada kelompok pertama, golongan campers ini adalah segolongan individu yang pada awalnya bersemangat untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi namun kerana sesuatu hal sehingga mereka merasa lelah dalam menyelesaikan kesulitannya dan pada akhirnya mereka berhenti sama sekali bahkan mereka pasrah dalam keadaan kesulitan yang belum diselesaikan. Golongan ini biasanya akan tetap mengambil risiko tapi risiko yang diambilnya adalah risiko yang paling aman dan paling sedikit ancamannya. Dan apabila keadaan ini terus dibiarkan maka golongan campers ini akan 'turun' menjadi golongan quitters. Dalam perang Mu'tah, mereka ini adalah para parajurit yang menginginkan agar meminta bala bantuan dari Rasulullah ataupun yang menginginkan agar Rasulullah mengeluarkan perintah penarikan berundur dari peperangan.

Sedangkan golongan ketiga adalah golongan Climbers. Berbeza dengan dua golongan di atas, golongan ini menyambut baik tantangan-tantangan, dan mereka hidup dengan pemahaman bahawa ada hal-hal yang mendesak dan harus segera dibereskan. Mereka mampu memotivasi diri sendiri, memiliki semangat juang yang tinggi dan berjuang untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya, sehingga hari-harinya dilalui dengan penuh gairah. Abdullah bin Rawahah r.a, merupakan contoh nyata manusia kelompok climbers. Beliau memandang bahawa jumlah musuh yang banyak bukanlah sesuatu halangan ataupun alasan untuk melarikan diri dari tujuan asal, tapi sebaliknya justeru dengan jumlah musuh yang banyak itulah yang akan menghantarkan mereka semua menuju sesuatu yang sangat diidam-idamkan, iaitu syahid. Beliau berhasil memotivasi diri dan juga seluruh pasukan kaum muslimin untuk terus berjuang membela kalimatul haq.

Mungkin sudah saatnya bagi kita untuk bertanya pada diri sendiri, berada digolongan manakah kita ? Sebagai seorang mujahid dan pejuang sejati yang akan terus menyerukan kalimah haq maka sudah sepatutnya kita berada di golongan ketiga, iaitu sebagai seorang climbers. Wallahu 'alam.

p/s: harap maaf jika terdapat fakta-fakta yang silap.. sila perbetulkan kerana penulis juga seorang manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan..

Adik & Palestin...

Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik
mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng
kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh
adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari
Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila
adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai
baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-
denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar
Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla
hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke
telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid
cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami
bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit
berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang
syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik
pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah.
Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu
adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil
Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad
pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka
kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya
duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian
walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri
betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat
tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca
sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik
baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-
salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana
ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas,
hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik
nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan
askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik
dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil
melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki
walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid
longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh
tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik
terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik
menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu
persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium
pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang
tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada
adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh
walid. Walid tidak bergerak. Walid
kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok
adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih
menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa
orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding
juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang
pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik
nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik
tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana
perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu
menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata
walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan
kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air
mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun
membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk
diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik
menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang
kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari
barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat
cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok
bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung
empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah
laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang
beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang
disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak
ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik
tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh
menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang
bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat
semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-
kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan
ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-
kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu
kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung
adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak
pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi
berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam
perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak
lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik
menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil.
Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel."
Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya
menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan
sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh
umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan
peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci
Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak
sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan
tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera
itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram.
Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan
adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila
tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak.
Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah.
Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan
diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia
juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat
cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik
pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu
lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik
mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi
adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu
sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak
makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang
baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula
roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan
gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan
mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus
lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar
ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar
batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai
yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung
ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi
Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu.
Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-
Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati
adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang
serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas
ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah
itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.
Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran.
Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau
hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi.
Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik
ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.
Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-
laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul
Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang
pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang
askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang
Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak
Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama
Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu.
Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut
walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk
tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak
walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba
kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang
dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir
setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak
suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri
org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal
juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik.
Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik
sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan
akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga
adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh
adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik
nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik
sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi.
Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu
kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah.
Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. dik benci Israel.
Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan
tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di
wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik
berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa
sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan
tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut
adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-
mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik
nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di
cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan
air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak
walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Tuesday, July 21, 2009

Tolong...


Tolong Ingatkan Saya

tolong ingatkan saya
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan saya
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan saya
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

Lelaki Ini...

4 Golongan Lelaki Ahli Neraka


Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Sahabat..

DEFINISI SEBUAH PERSAHABATAN...

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Untuk Ingatan Bersama...

DOA BUAT KEKASIH

Dedikasi khas untuk saudaraku yang mengalami perasaan ini, ditakdirkan ianya pergi.


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang Ya Allah....

Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ketepian yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami....
Tetapi ya Allah....

Seandainya telah Engkau takdirkan ....
Dia bukan milikku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....
Ya Allah.....

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah....
Ya Allah.....

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka....
AMIN...AMIN...AMIN.... Ya rabbal 'aalamiin...

9 paksi persaudaraan...


HAKIKAT DAN KAEDAH PERSAHABATAN

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
“(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
[al-Zukhruf:67]

Manusia adalah makhluk yang hidup berkumpulan dan bermasyarakat. Manusia perlu berkawan, berkenalan dan berinteraksi. Manusia tidak boleh mengasingkan diri dan bersikap seperti kera sumbang. Walaupun begitu dalam berinteraksi dan mencari kenalan, manusia yang beriman perlu mempunyai pedoman yang tertentu. Mereka perlu mengenali hakikat orang yang mereka berinteraksi dengan mereka. Mereka wajar memahami perbezaan antara apa yang dipanggil sebagai kenalan, teman, rakan atau sahabat. Jadi dengan kefahaman yang jelas tentang perbedaan perkataan-perkataan tersebut mereka boleh berinteraksi dengan cara dan etika yang betul dan sesuai.

Kenalan ialah figure yang anda kenali dalam apa jua kesempatan. Ia belum tentu boleh menjadi rakan atau sahabat. Ia adalah peringkat perkenalan pertama ; di mana manusia terdedah dengan pertemuan yang di rancanng atau tidak dirancang.

Manakala teman pula ialah mereka yang menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara. Ia mungkin kenalan anda atau insan yang berpotensi untuk menjadi rakan atau sahabat atau mungkin juga berpotensi menjadi musuh anda. Ia lebih merujuk kepada fungsi menemani seseorang dalam situasi tertentu.

Rakan ialah figure yang anda selalu berinteraksi dengannya samada kerana jawatan atau tempat seperti rakan sejawat, rakan setempat tinggal dan sebagainya. Lumrahnya terdapat pertemuan dan perulangan interaksi dengan nya kerana pekerjaan atau kerana lokasi dan kejiranan.

Manakala sahabat pula ialah orang yang anda mempunyai hubungan yang sangat akrab dengannya; dimana anda dapat mengharapkan pertolongannya ketika berhadapan dengan kesulitan. Sahabat adalah rakan karib yang dapat membantu anda. Sahabat mempengaruhi sikap seseorang. Sahabat mempunyai martabat yang lebih khusus dan tinggi dalam hiraki perkenalan. Sahabat adalah bagaikan cermin untuk anda dapat membetulkan kecacatan diri, penampilan rupa diri, mendapat kritikan dan teguran yang membina dan sebagainya.

Islam memang menggalakkan manusia membentuk hubungan kemanusiaan dengan orang lain dalam segala peringkat dan darjatnya. Islam menggalakkan umatnya berkenalan dan memberi salam kepada orang yang mereka kenal atau tidak kenal. Ini adalah tradisi hidup yang bertamaddun. Manusia perlu menghargai orang lain dan menampilkan penghargaan dan penghormatan antara satu sama lain kerana mereka adalah setaraf sebagai manusia dan makhluk Allah. Sahabat adalah harta dan senjata bagi seseorang.

Walaupun Islam menggalakan persahabatan dan menganggap manusia itu adalah makhluk saraan Allah yang mempunyai martabat yang sama, semuanya berasal dari Adam, namun Islam menggesa supaya umatnya berhati-hati dalam memilih sahabat. Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة عن النبي صلى اللهم عليه وسلم قال» المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah/bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.”
[Riwayat Ahmad]

Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
ويوم يعض الظالم على يديه يقول ياليتني اتخذت مع الرسول سبيلا(27)ياويلتي ليتني لم أتخذ فلانا خليلا( 28)لقد أضلني عنالذكر بعد إذ جاءني وكان الشيطان للإنسان خذولا(29)
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.
[Al-Furqan: 27-29]

Rasulullah SAW bersabda:
عن أنس قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم «.... ومثل الجليس الصالح كمثل صاحب المسك إن لم يصبك منه شيء أصابك من ريحه ومثل جليس السوء كمثل صاحب الكير إن لم يصبك من سواده أصابك من دخانه »
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi samada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
[Riwayat Abu Daud]

Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud:
“Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.”
[Al-Mustadrak ala al Sahihain]
عن أبي سعيد عن النبي صلى اللهم عليه وسلم قال « لا تصاحب إلا مؤمنا ... »
"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mu’min."
[Riwayat Abu Daud]

Persahabatan yang kental dijalin oleh keimanan dan semangat persaudaraan yang mendalam. Persaudaraan perlu berlandaskan atas lunas-lunas berikut :-

1. Persaudaraan hendaklah semata-mata kerana Allah.

Persahabatan sewajarnya dijalin bukan atas dasar kebendaan dan kepentingan tertentu, tetapi hendaklah didasarkan kepada keimanan dan kerana Allah semata-mata. Ini adalah agar persahabatan tersebut diberkati oleh Allah.

Muslim meriwayatkan sabda Nabi SAW yang mengatakan bahawa; ada seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampung. Allah menempatkan di tengah jalan seorang Malaikat menunggunya. Apabila orang berkenaan bertemu Malaikat itu, Malaikat pun bertanya; apakah pemergian engkau ke rumah sahabatnya itu kerana engkau hendak mendapatkan apa-apa habuan? Orang berkenaan menjawab; tidak, saya pergi kerana saya sayang padanya kerana Allah.

2. Persaudaraan hendaklah digandingi oleh iman dan taqwa.

Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي سعيد عن النبي صلى اللهم عليه وسلم قال « ... ولا يأكل طعامك إلا تقي »
“Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa.”
[Riwayat Abu Daud]

3. Persaudaraan hendaklah dilandaskan atas manhaj Islam.

Sesuai dengan maksud hadith yang menerangkan bahawa antara orang-orang yang akan dinaungi oleh lembayung Allah pada hari kiamat kelak ialah: dua orang yang bersahabat dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah, bersatu kerana Allah dan berpecah kerana Allah.

4. Persaudaraan hendaklah mengamalkan dasar saling nasihat-menasihati.

Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة عن رسول الله صلى اللهم عليه وسلم قال « المؤمن مرآة المؤمن والمؤمن أخو المؤمن يكف عليه ضيعته ويحوطه من ورائه »
“Orang Mu’min adalah ibarat cermin bagi Mu’min yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya”
[Riwayat Abu Daud]

Jika temannya itu enggan menerima nasihat, sebaliknya terus berazam melakukan maksiat maka ia hendaklah menjauhinya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan:
« أوثق عرى الإيمان: الموالاة في الله، والمعاداة في الله، والحب في الله، والبغض في الله »
“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrantasi demi Allah, kasih demi Allah, bencipun demi Allah.”
[Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr]

5. Persaudaraan hendaklah dihayati dengan semangat tolong menolong ketika senang dan susah

Rasulullah s.a.w. bersabda:
« من كان معه فضل ظهر فليعد به على من لا ظهر له ومن كان له فضل من زاد فليعد به على من لا زاد له »
“Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah ia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan leibih maka hendaklah ia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan.”
[Riwayat Muslim]

Di antara cara mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan ialah:

1. Memberitahu saudara kita bahawa kita sayang padanya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam hadithnya:
عن المقدام بن معدي كرب وقد كان أدركه عن النبي صلى اللهم عليه وسلم قال « إذا أحب الرجل أخاه فليخبره أنه يحبه»
“Jika seseorang itu sayang pada sahabatnya maka hendaklah ia beritahu bahawa ia menyayanginya.”
[Riwayat Abu Daud]

2. Apabila kita berpisah dengannya kita mengharapkan do’a daripadanya dari jauh. Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan;
عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال « لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا»
Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendo’akan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut.
[Riwayat Abu Daud]

3. Memaniskan wajah apabila bertemu: Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم « لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق»
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”
[Riwayat Muslim]

4. Segera menghulurkan tangan untuk berjabat apabila bertemu. Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم « ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا»
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
[Riwayat Abu Daud]

5. Kerap melakukan ziarah dari semasa ke semasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال « حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في»
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”
[Riwayat Ahmad]

6. Mengajukan ucap selamat, tahniah dan menyukakan hatinya dalam kesempatan dan hari-hari tertentu seperti ketika mendapat anak:
بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقك بره وبلغ أشده
“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.”
[Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali]

Ketika kembali daripada perjalanan yang jauh;
الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك
“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut”
[Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf]

Ketika pulang dari medan jihad:
الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك
“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan”
[Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isyah]

Ketika pulang dari menunaikan Haji;
تقبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك
“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan”
[Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar]

7. Menampilkan hadiah dalam kesempatan tertentu apabila perlu
عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati”
[Riwayat Thabrani]

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
تهادوا تحابوا
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih”
[Riwayat Malik]

8. Bersikap prihatin dan suka menunaikan hajat serta keperluan sahabat.

9. Menyempurnakan segala hak-hak ukhuwwah dengan sempurna.

Persaudaraan dalam Islam menuntut hak-hak tertentu. Rasulullah s.a.w. menerangkan:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز
“Tiap orang Mu’min telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mu’min yang lain: iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan, menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya, menghulurkan simpati dengan harta sendiri, mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya, menziarahinya ketika sakit, mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja sepeninggalannya”
[Riwayat Ibnu Babawaih]

Friday, June 5, 2009

1 perjalanan mencari keredhaanNya..

salam.. alhamdulillah... pg ni aku brjaya jgk utk bgon awl walaupn sbnrnya x de la awl sgt... huhuhu... pg2 lg ada shbtku yg menelefon mengajakku prgi ke an nahdhoh.. hehehe.. aku pun trima je la ajkn trsebut.. lps mndi dn solat subuh, aku trus prgi ke pi sbb kmi brjnji utk brjumpa di pi pd pkol 7 smpai trtinggl utk bce al mathurat pg nih.. huhuhu.. (nyesal btol sbb smpai2 kat pi je, shbtku ini msih blom brsiap) huhuhu.. sbar2 wahai manusia biasa.. semua manusia x sempurna.. mgkn hri ni hri beliau.. esok lusa hri kita plak.. mana la tau kn.. huhuhu.. pas tggu agk lama, kmi pon grak p bisu... pg ni dpt aku rsekn suasan yg sgt nyaman... jauh dri hiruk pikuk bunyi kenderaan... semua msih tido agknya sbb pg ni pg sabtu.. ramai yg cuti.. trmsuk ayhku skali.. hmm.. pg ni aku mkn 2 keping roti canai kosong+satu gelas teh tarik= rm 2!! murh2.. jauh lbih murh dri riyas ataupun naseer.. alhamdulillah.. kenyang pg nih.. kami pun gerak p isi minyk di jawi.. huhuhu... rugi 4 sen mser isi minyk sbb tgki minyk dh pnuh.. hehehe... sbnrnya x kisah pun.. sedekah kat stesen minyk tu je la... walaupun tauke dia org cina kot.. kami pun gerak p an nahdhoh... satu prjalanan yg sgt lancar tnpa mslh.. alhamdulillah.. syukur kepadaMu kerana memudahkn perjalanan kmi utk mncri sedikit mknn rohani.. walaupn agk jauh sbnrnye jika diliht oleh org laen... setibanya kami di sana.. kenderaan dn org ramai sudh memenuhi kawsn trsebut.. x ubah seperti suasana di pekan sehari atau psr mlm di tempat lain tetapi yg membuatkn kawsn ini istimewaa adlh kerana suasanya yg pnuh dgn ciri2 keislaman.. pakaian yg sopan.. sgguh lapang hatiku melihat suasana persekitaran sebegini.. hmm.. bilakh aku mmpu utk mmbawa suasana biah solehah ini msuk ke dlm kawasan kampus ku ini.. harap2 ianya tidk hanya tinggl hrpn shj.. aku mmpu utk mmbawa perubhn ini!!! insyaAllah.. hari ni aku smpai agak trlewat sikit.. org lain dh memenuhi dewn semasa kami smpai.. tp alhamdulillah.. tuhan yang maha pemurh.. msih ada tmpt kosong di dpn.. kami pun brgerak ke situ.. smpai di tmpt yg ditrget td, aku trus duduk dn berslmn dgn pcik di sblh kuwalaupn aku agk rgu2 utk brslm krna tkut mengganggu tumpuan pcik tu.. tp trnyata sangkaan ku meleset sama skali.. pcik itu agk peramah orgnya.. kami brtgur seketika walaupn x smpt utk aku berta'aruf nama dn asalnya.. x pe la.. lain kali pun boleh.. hehehe.. hri ni kuliah tfsir ustz byk menerangkn mengenai kaum bani israel.. kaum yg suka meminda dn melawan arhn Allah.. byk prkara bru yg aku dpt.. kuliah kedua pula mengenai kitab feqah.. mengenai solat sunat raya, gerhana matahari & bulan dan jgk solat sunat mintak hujn.. kulish ini pun agak menarik ditmbh dgn kehadirn tuan presidn pmiusmkkj 08/09.. byk amant yg telah dismpaikn oleh tuan presdn ini semasa rehat antara dua kuliah td.. hehehe.. kuliah hri ni hbes awl.. dlm pkol 10.40 pg sbb byk soaln ditanya.. slps sesi soal jwb yg sgt menarik krna cara ustaz mnjwb soaln yg begitu relax tetapi penuh dgn isi.. hehehe.. selepas itu kami pu prgi brjln2 mncri sedikit mknn.. aku beli keropok dn air ape ntah.. ada agar2, barli n lain2.. boleh thn la rsenyer.. akhirnya, kami pun brgerak pulg ke bumi kmpus usm trans.. tmpat aku brmukim insyaAllah lagi 2 tahun jika tiada aral... walaupn agk ltih sbb tido dkt pkol 3 pg td tp aku brasa puas.. sukar utk digmbrkn perasaan ini.. huhuhu.. jiwang la plak.. eh.. dh pkol 1.13 ptg.. zohor msuk pkol 1.19 ptg.. baik aku p brsiap dulu utk ke pi yg mmg sedia lengang pd hjung mggu begini.. ok.. assalamualaikum manusia biasa.. semoga engkau akn sentiasa istiqamah dlm prjuangn ini..

my 1st blog!!!

salam.. alhamdulillah.. akhirnya aku memiliki jgk blog setelah 2 thun aku berada di bumi kampus ini. Pd mulanya aku ckup tidak brminat utk brblog kerana pd pndptku, hanya mereka yg x berani shj yg mggunakan medium blog utk mencaci, mencerca, menasihat dn jgk brdkwh.. tp.. kenapa tiba2 aku tlah melanggar prinsipku itu dn mula brjinak2 dgn dunia blog ini?? hurm.. itu yg kita nk thu... blog ini sbnrnye dibina utk tujuan peribadi dn aku hrp yg blog ini tidk akn diliht oleh sesiapapun.. jika trlepaspun, diharap org itu akn merhsiakn blog ini drpd sesiapapun.. kerana aku rasakan sudah tiba masanya utk mncri stu medium yg sesuai utk aku nukilkn serba sedikit pendpt dn perasaan ku utk tatapn aku pd msa hdpn terutama slps keluar dri dunia kmpus yg aku ykin ckup pnuh dgn suka duka dn byk mengajarku erti hidup yg sebenar.. di kampus lah tmpt utk aku menuntut ilmu dn belajar 1001 prkara mengenai kehidupan.. actually.. aku brblog skang ni pun sbb x boleh tido.. stress memikirkn tentang exam kscp pd hri isnin ini barang kali yg bru 25% complete... aish, bile la nk complete nih... atau mgkn jgk ats sbb2 yg lain.. (apa dia erk.. aku pun x thu.. huhuhu) aku sbnrnya x bley tido td kerana memikirkn sesuatu yg aku rasa agak berat jgk.. ditambh dgn skit kpala yg msih x reda dri ptg td dn juga bunyi loceng.. argghh... knapa la time2 mcm ni bru nk brbunyi.. hal ini mmbuatkn aku trpksa bgon dn prgi ke 7 e.. ingt nk g cri panadol utk hilngkn skit kpale ni.. smpai kat sana.. tgk2 muaz bukak lg... so, aku prgilh ke kdai muaz... 'support org Islam'... terngiang-ngiang lg kata2 zaidikini.blogspot pd suatu ketika dahulu utk memujuk aku join hpa.. akhirnya aku kini telah mnjadi ahli hpa... hehehe.. tp, apa yg aku nk catatkn bknlh mengenai hpa.. kalo nk tau psl hpa, baik bukak zaidikini.blogspot.. kat situ insyaAllah, serba lengkap mengenai info hpa... hmmm... nk cerita trus ke ttg mslh aku ini?? aku rse.. baik aku memulakan mukaddimah dhn sesuatu yg ringn2.. iaitu kenapa aku memilih nama "aku manusia biasa"... nama ni aku main letak je... dh x de idea... aku brfikir2 dn aku merasakn yg aku ni hanyalh seorg manusia yg msih kurang dgn ilmu... jd mcm x sesuai plak kalo ltak nama yg hebat2 mcm cahaya jalan yang lurus, tinta kehidupn ke atau mujahid4869 dn jgk blog2 lain.. aku rasakn aku ini msih trlalu kerdil jika hndk dibndingkn dgn rkn2 ku yg tlah mempunyai blog.. ya.. aku manusia biasa.. selalu melakukan kesilapan dn kesalahan.. aku bknlh brsifat maksum, yg trpelihara dri melakukn kesilpn.. tp aku amat brhrp agar aku sekurg2nya dpt mengawal diri dri melakukn kesilpn... aku lbih suka mmbhasakn diriku sbg aku sbb ianya lbih santai.. x pyh nk penat2 pkir gayabhasa n tatabahasa.. dh la penat dgn klas n aktiviti2 tmbhn.. nk tmbh pnat dgn blog ni plak.. huhuhu... aku sbnrnya trpikir.. kenapa amat susah utk memuaskn hati setiap org.. mmg aku dh slalu dgr pepatah ni.. tp.. huhuhu.. entahlah.. semua yg kita buat, psti akn ada yg x puas hati.. tidak kiralah kita berada di dlm wasilah mana sekalipun.. sungguh susah utk mengambl dn mnjga hati semua org.. psti akn ada yg komen.. mgkn sbb tu dlm frenster pun ada ruangn komen.. sbb dh mmg hakikat yg manusia ini fitrahnya suka utk mengkritik.. tp jika kritikan itu kritikn yg mmbina, aku amat hargainya... tp apa yg brlku lbih byk kritikn memusnah dri yg mmbina.. guruku prnh brcerita yg suatu pasukan bola itu akan menang dgn mudah jika ianya mempunyai smangat teamwork yg tggi.. x guna kalau beli pemain terbaik dunia sekalipun tp kalo tiada semngat teamwork.. pasukn itu psti kalah.. sungguh sush mnjga hati2 mereka ini.. Ya Allah, bantulah hamabaMu ini.. tetapkanlah hati hambaMu ini utk trus brjuang di jln yg insyaAllah diredhai oleh MU ..sesungguhnya hati manusia itu sungguh mudh utk berbolak balik.. jauhkanlah aku dri perasaan itu ya Allah.. tuhan sekalian makhluk.. kita sbg pimpinan selalu mdpt kritikn dri org bwhn sama ada secara trus terang atau pun secara belakang2.. inilh sebabnya masa sekolah dulu aku ckup x brminat utk menyertai organisasi2 dn mnjadi pimpinn.. aku lebih rela mnjadi ahli biasa sbb x pyh nk pning2... sekarang... aku kene cuba utk jaga hati semua org... suatu tugs yg ckup berat... apabila kita melakukn sesuatu itu, mgkin pimpinan melihtnya sbg sesuatu yg brmnfaat.. ttpi apa pula pndpt org bwhn drpd kita?? mmg benar.. mgkn mereka tidk dpt meliht tujuan kita melakukn sesuatu itu.. tetapi aku ckup benci jika seseorg itu brmuka2... jika ada sesuatu yg x sesuai dn prlu dibincngkn.. ianya prlulh dibngkitkn semasa mesyuarat dn bknnya di kdai2 kopi... tp.. wallahualam.. mgkn aku pun prnh melakukn sesuatu yg seperti itu.. sbb itu aku dpt smula.. sbb ada pepatah inggeris menyebut yg aku x ingt kat mana ntah aku bce.. what you give, you get back.. aku seboleh2nya nk cuba elakkan mslh hati ini sbb ianya amat bahaya terutama utk sebuah pasukan yg terasnya adlh teamwork. kalau x de teamwork, musnahlah dream team trsebut.. aku amat brhrp yg mslh hati ini x akan memusnhkan pasukn dream team aku ni kalo x trlebih utk aku gelarkannya dream team.. hehehe.. ya Allah.. engkau tautkanlah hati kami ini dgn tautan yg pling kuat agr ianya x mudh trlerai walaupn trdpt brjuta2 halangan yg mendtg.. nk post gmbr tp x reti plak.. hehehe.. sbr.. one by one bro.. esok2 la blajar plak.. kalau semua nk blajar serentak.. nothing excited la to be explore.. hurm... nk tulis apa lg erk?? blog ini mgkn hanya sesuai utk aku sorg jer.. jdi kalo ade yg trbce tu.. hrp jgnlh terasa n trguris hti, perasaan, limpa dn sbgnya.. alhamdulillah.. dh smakin ringn kpale aku ni.. x brape nk skit dh... dh ble mule merehatkn diri ni.. dh pkol 1.47 pg dh ni.. dh la esok pas sbuh nk p an nahdhoh.. harap2 ble bgon la pg esok... rse smpai sini dulu kot posting kali ni.. lain kali aku smbong lg utk tatapn aku di hari kemudian.. selamat malam wahai manusia biasa.. semoga tidurmu dilindungi allah sentiasa... erm, nk p amik wudhuk dulu la.. al mulk x bce lg... huhuhu.. trlupe plak td.. okay.. assalamualaikum...